GARIS PANDUAN PRAKTIKUM
DEFINISI ISTILAH
Pensyarah Pembimbing
:
Merujuk kepada pensyarah Kolej yang dilantik oleh Ketua Eksekutif untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum.
Pelajar
Pentadbir Sekolah/Institusi
Kolej Pengajian Islam Johor
:
Merujuk penuntut Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) yang sedang mengikuti Program Praktikum (Latihan Perguruan) yang dianjurkan oleh Kolej secara sepenuh masa atau KDC.
Merujuk kepada Pengetua,Guru Besar Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri,Sekolah Persendirian, Sekolah Agama Swasta dan agensi luar
Merujuk kepada Kolej yang mengendalikan kursus Diploma Pendidikan Islam.
Bilik Darjah
:
Merujuk kepada lokasi di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah dan bengkel
Sekolah
:
Merujuk kepada Sekolah Agama,Sekolah Agama Swasta termasuk sekolah pendidikan khas.
Pemantauan
Rentasan
Latihan Mengajar
Merujuk kepada aktiviti meneliti pelaksanaan praktikum.
Merujuk kepada aktiviti kes gagal/ cemerlang
Merujuk kepada proses pelajar mengamalkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di bilik darjah dan sekolah
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
1. PENDAHULUAN
Program Latihan Perguruan merupakan satu usaha ke arah merealisasikan Dasar perkongsian ilmu yang melibatkan berbagai pihak dan agensi dalam bidang pendidikan. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) menawarkan Program Latihan Perguruan dalam Diploma Pendidikan Islam sebagai satu kaedah penyaluran kemahiran keguruan dan lain-lain aspek yang berkaitan ilmu pendidikan kepada tenaga pengajar sekolah-sekolah agama secara formal dan terancang. Dalam keadaan sedemikian, tuntutan latihan mengajar untuk pelajar ini dirancang untuk kursus-kursus jangka panjang seperti Kursus Diploma Pendidikan Islam, Kursus Perguruan Lepas Diploma dan tidak melibatkan kursus jangka pendek.
2. LATAR BELAKANG
Latihan mengajar (praktikum) adalah komponen penting dalam kurikulum Program Praktikum Diploma Pendidikan Islam yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Agama Negeri Johor.
3. KONSEP
Program latihan mengajar perlu dilihat sebagai satu kontinum yang bermula sebaik sahaja pelajar mengikuti kursus di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Ia terbahagi kepada dua bahagian:
(i) Prapraktikum yang merangkumi dua komponen:
a) Pengajaran makro dan mikro sebagai persediaan bagi pelajar sebelum menjalani praktikum. Ini dilaksanakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
b) Pengalaman Mengajar meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar semasa bertugas di sekolah. Aktiviti pembelajaran ini diperkukuhkan menerusi Tugasan Pengalaman Mengajar yang disediakan oleh mata pelajaran Major, Minor dan Ilmu Pendidikan. Oleh itu, komponen Pengalaman Mengajar ini diharap dapat membantu pelajar menjana ilmu keguruan berdasarkan pembelajaran dalam konteks sebenar.
(ii) Latihan Mengajar ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah yang dilaksanakan di bawah seliaan pensyarah pembimbing.
Pembahagian ini dapat digambarkan seperti berikut:
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
(di sekolah)
(Pengajaran & Pengalaman Dalam dan Luar Bilik Darjah)
PRAPRAKTIKUM PRAKTIKUM
Pengajaran Makro
(di Kolej)
Pengajaran Mikro
(di Kolej)
Rajah 1 : Konsep Program Latihan Mengajar
4. RASIONAL
Program Latihan Mengajar menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilken teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri. Melalui pengalaman in dan proses refleksi, pelajar akan menghasilkan iImu binaan ( situational knowledge ) yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Melalui program latihan praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.
Dalam pelaksanaan praktikum ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Kolej dan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan praktikum. Pemuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme guru.
INSAN
GURU ILMU PROFESIONAL KEGURUAN
R R
ILMU BINAAN
( SITUATIONAL KNOWLEDGE )
R R
TEORI TERSENDIRI
( PERSONAL THEORIES )
R R
R
PELAJAR TEORI PRAKTIS
R = Refleksi
Rajah 2 : Proses Pembinaan Insan Guru Dalam Program Praktikum
Komponen utama yang perlu ada dalam praktikum ialah
i Pengajaran dan pengalaman bilik darjah;
iii Pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah; dan
iv Pembinaan sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.
Tujuan praktikum ialah untuk melahirkan guru sekolah dan bukan semata-mata guru bilik darjah. Oleh kerana itu, praktikum harus dilihat dan dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu yang melibatkan usaha sama antara Kolej dan sekolah.
5. MATLAMAT
Latihan mengajar mernbolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.
6. OBJEKTIF
Melalui program praktikum, diharapkan pelajar akan dapat
i. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan;
ii. membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
iii. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
iv. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
v. menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran;
vi. menguasai strategi pengajaran;
vii. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; dan
viii. membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru
Melalui program ini juga, pihak Kolej dan sekolah dapat:
i. memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah;
ii. mengeratkan hubungan profesional antara Kolej dan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran; dan
iii. menilai prestasi pelajar semasa praktikum.
PRAKTIKUM
1. KONSEP
Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing. Pelaksanaan program peringkat ini diasaskan kepada ciri perkongsian pintar dan permuafakatan antara Kolej, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
2. OBJEKTIF
Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:
(a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran/dan bimbingan dan kaunseling;
(b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
(c) merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan;
(d) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;
(e) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan;
(f) memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;
(g) mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
(h) menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
(i) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.
3. PROSEDUR PELAKSANAAN
Pelaksanaan Praktikum bagi Program Diploma Pendidikan Islam dilaksanakan sebagaimana ditetapkan dalam struktur kursus. Jadual 1 menunjukkan struktur pelaksanaan Praktikum.
Jadual 1: Pelaksanaan Praktikum
NAMA KURSUS/PROGRAM
TEMPOH PELAKSANAAN
PRAKTIKUM
Kursus Diploma Pendidikan Islam
(KDPI)
10 minggu
Kursus Perguruan Lepas
Diploma(KPLD)
10 Minggu
(i) Tempat Praktikum
Pelajar menjalani Praktikum di sekolah-sekolah Agama
(ii) Tempoh
Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur program sebagaimana dipaparkan dalam Jadual 1
(iii) Bilangan Waktu Mengajar
(a) 4.5 jam waktu mengajar sehari.
(b) 22.5 jam waktu mengajar seminggu.
(c) Pelajar diwajibkan mengajar mata pelajaran major/mata pelajaran berkaitan jika timbul keperluan.
(d) Pelajar Diploma Pendidikan Islam diwajibkan mengajar/mengendalikan mata pelajaran major dan matapelajaran minor.
(e) Selain waktu mengajar semasa Praktikum, pelajar juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang ditentukan oleh sekolah.
(iv) Bilangan Penyeliaan
(a) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.
(b) Bimbingan berterusan MESTI diamalkan sepanjang praktikum.
(c) Penilaian HANYA dibuat selepas bimbingan diberikan.
(d) Jadual 2 adalah panduan agihan penyeliaan.
Jadual 2 : Agihan Penyeliaan Untuk Diploma Pendidikan Islam
Kursus
Mata
Pelajaran
Pra
Penyeliaan
Kolej
Sekolah/ Institusi
Jumlah
Keseluruhan
Diploma Pendidikan Islam
Major
1
3
-
4
4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
(i) Pelajar
(a) Menghadiri taklimat praktikum.
(b) Memahami dan menghayati objektif praktikum.
(c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum.
(d) Membina hubungan professional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah.
(e) Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain kepada Kolej dalam minggu pertama.
(f) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan Kolej dan peraturan sekolah.
(g) Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum.
(h) Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah.
(i) Mendapatkan sukatan pelajaran dari sekolah.
(j) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar.
(k) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan.Syarat ini perlu dipenuhi oleh semua pelajar.
(l) Mengamalkan penulisan jurnal sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum berdasarkan garis panduan Penulisan Jurnal. (Rujuk Lampiran 1).
(m) Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan.
(n) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum/kerja sukarela semasa praktikum. (Rujuk Lampiran 2)
(o) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum (Rujuk Lampiran dalam PT12) kepada Pensyarah Pembimbing pada setiap bulan(5 hb bulan berikutnya.
(p) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama mereka kembali ke Kolej selepas tamat praktikum.
(ii) Pensyarah Pembimbing
(a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Ketua Eksekutif Kolej pengajian Islam Johor (MARSAH).
(b) Menghadiri taklimat praktikum.
(c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan praktikum.
(d) Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan professional.
(e) Melapor kemajuan pelajar dari semasa ke semasa kepada Pasukan Pengurusan Praktikum Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
(f) Menyemak dan membincangkan portfolio praktikum bersama pelajar.
(g) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
(h) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum.
(i) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Jawatankuasa/Pasukan Pengurusan Praktikum Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
(j) Menyemak buku persediaan mengajar pelajar dan mencadangkan pembaikan di mana perlu.
(k) Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal. (Rujuk Lampiran 3).
(l) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan.
(m) Menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal dan penyediaan portfolio praktikum
(n) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik.
(o) Melengkapkan Borang Bimbingan (cth. PR1, ), menyerahkan satu salinan kepada pelajar, dan menyimpan satu salinan dalam folder sendiri.Ruuk Lampiran 4
(p) Melengkap dan menyerahkan Borang Penilaian (cth. PR2) kepada Setiausaha Praktikum.Rujuk Lampiran 6 dan Lampiran 7.
(iii) Jawatankuasa Induk Praktikum Kolej Pengajian Islam Johor (JKIPM)
(a) Menentukan dasar pelaksanaan praktikum diperingkat Kolej.
(b) Menjalankan pemantauan pelaksanaan praktikum. Membuat lawatan perbincangan ke Sekolah untuk menyelesaikan masalah kritikal.
(c) Menjalankan rentasan ke atas semua pelajar yang dicalonkan sebagai kes gagal dan cemerlang untuk menentukan kes-kes gagal dan cemerlang dengan menggunakan Borang Penilaian (cth: PR2). Markah calon cemerlang untuk rentasan ialah 90% dan ke atas.
(d) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh praktikum, gagal, disiplin dan tatatertib dan mengambil tindakan sewajarnya.
(e) Mengesahkan kehadiran dan keputusan praktikum.
(iv) Pasukan Pengurusan Praktikum
(a) Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan.
(b) Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.
(c) Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan Pensyarah pembimbing.
(d) Merancang dan mengurus taklimat kepada pelajar, pensyarah pembimbing dan pihak sekolah.
(e) Merancang dan mengurus latihan pementoran untuk pensyarah pembimbing.
(f) Memastikan kelancaran perjalanan praktikum.
(g) Menguruskan pengumpulan dokumen dan rekod praktikum.
(h) Menguruskan keputusan praktikum sebelum disahkan oleh JIKPM dan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP).
(i) Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan Kolej.
(j) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes untuk dibawa ke JKIPM.
(k) Menyediakan Laporan Prestasi Praktikum Pelajar
(vi) Pengurus Sekolah
(a) Meneliti dan mengambil tindakan berdasarkan Garis Panduan Praktikum yang diterima dari Kolej.
(b) Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah..
(c) Memastikan bilangan waktu mengajar adalah berdasarkan garis panduan dan pelajar mengajar matapelajaran major yang telah ditetapkan.
(d) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.
(e) Memberitahu secara bertulis kepada pihak Kolej berkenaan dari semasa ke semasa tentang pelajar yang:
- tidak menjalankan tugas dengan memuaskan
- tidak hadir tanpa sebab.
- kes-kes disiplin
- kes-kes kesihatan dan kemalangan
(f) Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar pelajar.
(g) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum.
(h) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar dan membuat tindakan susulan.
(i) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna.
(j) Memastikan pelajar dilibatkan dalam kokurikulum /aktiviti sukarela sekolah /Institusi.
5. KEHADIRAN PRAKTIKUM
(a) Kehadiran pelajar dalam praktikum adalah 100%.
(b) Pelajar dikehendaki melengkapkan kehadiran dalam Praktikum
(c) Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran” adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3
“PERKARA-PERKARA MUSTAHAK YANG MEMBOLEHKAN PELAJAR MENINGGALKAN PRAKTIKUM (CUTI) DENGAN KEBENARAN OLEH KETUA EKSEKUTIF KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) TETAPI TIDAK MELEBIHI 30% DARIPADA JUMLAH HARI PRAKTIKUM.”
· Pelajar jatuh sakit atau cedera. Pengesahan oleh doktor/pegawai perubatan adalah diperlukan.
· Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
· Keluarga terdekat meninggal dunia.
· Peristiwa luar jangkaan dan keadaan kecemasan.
· Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Ketua Eksekutif Kolej / pihak pengurus sekolah.
Jadual 3 : Tindakan Bagi Kes Kehadiran Praktikum Kurang Daripada 100%
Kehadiran Praktikum
Tindakan
95 % ke atas
JKIPM akan menentukan keputusan melengkapkan kehadiran praktikum.
70% - 94.9%
Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum.
Kurang daripada 70%
Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.
(d) Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab/tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib untuk tindakan tatatertib.
6. PENANGGUHAN PRAKTIKUM
(a) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh JKIPM.
(b) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan.
(c) Pelajar mesti melaporkan diri ke Kolej selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon. Kolej perlu memaklumkan ke Sekolah atau Jabatan / Bahagian lain yang berkenaan untuk tujuan penempatan.
(d) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempoh berkursus.
7. KES GAGAL PRAKTIKUM
a) Pelajar yang GAGAL Praktikum perlu mengulang Praktikum
b) Sekiranya pelajar disahkan GAGAL dalam Praktikum oleh Jawatan kuasa Peperiksaan ,Pelajar berkenaan dikehendaki mengulang Praktikum Keseluruhannya.
b) Pelajar diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja.
8. SYARAT TAKSIRAN PRESTASI PELAJAR DALAM PRAKTIKUM
a) Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan penilaian formatif.
b) Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh pensyarah pembimbing dengan menggunakan Borang Bimbingan PR1
c) Pensyarah pembimbing membuat rumusan prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian yang berkaitan (cth: PR1/P dan PR2).
d) Komponen penilaian prestasi pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada komponen seperti di dalam Jadual 4.
Jadual 4: Komponen Penilaian Praktikum
Komponen Penilaian
Rujukan
1. Kemahiran interpersonal dan
intrapersonal
Portfolio, perbincangan dengan pihak sekolah
2. Perancangan dan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran
Borang bimbingan (contohnya: Borang PR1) Portfolio
3. Pelaksanaan Kokurikulum
Portfolio
4. Peranan-Peranan lain
Portfolio
(e) Pemberatan untuk penilaian Praktikum
Pemberatan bagi penilaian Praktikum adalah sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 5
Jadual 5 : Pemberatan untuk penilaian praktikum
Program
Pengurus Sekolah
Praktikum
Pemberatan
Diploma Pendidikan Islam
20
80
100
(f) Syarat penentuan keputusan
Prestasi pelajar dalam praktikum diputuskan mengikut Gred seperti yang ditetapkan dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
(i) Penentuan Lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
- Kehadiran 100 % dalam Praktikum
- Lulus dalam Praktikum
- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan
(ii) Penentuan Cemerlang
- Lulus dengan cemerlang dalam Praktikum
- Pencalonan dibuat 3 minggu sebelum Praktikum tamat.
- Pencalonan dan pengesahan cemerlang menggunakan Borang Penilaian PR2.
- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.
(iii) Penentuan Gagal berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
- Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus.
- Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa, walaupun telah diberi amaran secara bertulis sebanyak tiga kali (contoh: tidak menyediakan RPH).
- Melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan
.